Bismillahirrahmanirrahim
Duhai hati, janganlah terkorban dengan dunia. Hidup hati sebenarnya untuk mencari mati yang sempurna.
Yup. Itu adalah nasihat saya kepada hati saya yang dulunya buta.
Ramai yang tertanya-tanya macam mana nak get over a broken heart, rejection or loss. Well, as they say “ you never get over someone until you find someone better.” The fastest way to heal a broken heart is to find someone better to love more. Know sometimes heartbreak happens just to push you to God. – Yasmin Mogahed.
Bila kita terluka tu bermaksud kita sedang lepaskan diri dari attach dengan dunia. It’s a force detachment. Sebab tu sakit. Tapi kesakitan tu akan bawa kita kepada siapa? Kita akan cari siapa? Sama ada kesakitan tu akan jadi ujian atau hukuman untuk kita. Sekiranya kesakitan tu bawa kita lebih dekat dengan Allah maknanya itu adalah ujian. Kalau kesakitan itu lagi menjauhkan diri kita dengan Allah maknanya itu hukuman.
Kita selalu tak sedar yang sebenarnya kita terlalu bergantung kepada manusia. Yup. Terlalu. Kita bergantung kat manusia untuk sayang kita. Kita bergantung kat manusia untuk jaga kita, ambil berat pasal kita, selalu ada dengan kita. Semuanya kita bergantung kepada manusia. Sampai kadang-kadang kita lupa dengan Allah. Kita lebih bergantung kat manusia yang hatinya sendiri Allah yang pegang.
Sampai satu tahap di mana Allah bolak-balikkan hati orang yang jadi tempat kita bergantung. Saat itulah kita salahkan taqdir. Kita salahkan semua orang. Kita menyesal dan anggap benda ini semua tak adil. Tapi kita lupa Allah ada perancangan yang lebih baik untuk kita.
"Tidak ada satu musibah pun yang menimpa diri seorang muslim, sama ada berupa kesusahan dan penderitaan, kesedihan dan duka cita mahupun penyakit, bahkan sebatang duri yang menusuk anggota tubuhnya sekalipun melainkan akan dihapuskan Allah sebahagian daripada kesalahan-kesalahannya dengan yang demikian itu." (Hadis Muttafaqun Alaih).
Kebergantungan kita kepada manusia itu sendiri mungkin antara sebab kenapa Allah bolak-balikkan hati dia. Kenapa? Kita terlalu taksub, terlalu sayang walaupun si dia belum jadi hak kita. Belum halal lagi. Malah boleh sebabkan zina hati. Yang paling teruk boleh sebabkan syirik. Tak percaya?
Syirik dalam kasih sayang iaitu mengasihi manusia atau harta benda lebih daripada Allah. Macam mana syirik ini boleh jadi? Bayangkan kita tengah SMS/call buah hati kita. Tak pun tengah dating. Azan pun berkumandang. Tapi kita tak terus ambil wudhu’ nak solat. Nak pergi ke surau or masjid berdekatan apatah lagi. Kita teruskan aktiviti bercinta tu. Panggilan buah hati lebih disahut berbanding seruan azan. Nampak tak macam mana syirik dalam kasih sayang berlaku?
Syirik ketaatan pulak jadi bila kita sangat taat kepada dia lebih daripada kita taat perintah Allah. Dah jelas lagi nyata Allah berfirman:
“Katakanlah kepada laki-laki yang beriman hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya.” (An- Nuur: 30)
Perintah yang sama juga untuk perempuan dalam ayat ke 31. Tapi kita tak mentaati perintah Allah. Bukan sahaja tak menundukkan pandangan malah keluar berdua-duaan. Memanglah tak buat apa-apa tapi kuasa hasutan syaitan ni sangat power.
Dari Jabir bin Samurah berkata Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya.” (H.R. Ahmad & Tirmidhi dengan sanad yang sahih)
Allah tak cakap jangan berzina. Tapi jangan mendekati zina.
"Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk." (Al-Israa': 32)
Berdua-duaan tu perbuatan yang mendekati zina lah. Haaa. Kan kita dah tak taat perintah Allah tu. Terkejut kan selama ni kita tak pernah nak fikir pun yang kasih sayang yang kita cakap kerana Allah, nak sampai syurga tu telah menyebabkan kita syirik.
Jadi kita anggaplah bila si dia tinggalkan kita tu sebenarnya sebab Allah sayang sangat dengan kita. Kasih sayang Allah itu mengatasi kemurkaanNya. Allah taknak kita hanyut. Allah taknak kita dekat dengan perkara yang boleh menyebabkan kemurkaanNya. Husnu dzon kepada Allah. Allah ada perancangan yang lebih sangat amat baik untuk kita.
Kalau kita cakap dialah satu-satunya insan yang kita rasa baik untuk bimbing agama kita. Dialah satu-satunya insan yang mampu membawa kebaikan kepada kehidupan dan urusan kita. Itu kita yang cakap. Ilmu kita sangat cetek kalau nak dibandingkan dengan ilmu Allah.
Lelaki yang baik akan menasihati wanita yang ingin mendampinginya agar takut dan malu dengan Allah dan menjauhi kemaksiatan serta menjauhi kemungkaran. Percaya apa yang tersirat dan tersurat. Yakin dengan jodoh yang telah Allah aturkan. Lelaki yang baik juga tidak akan mengambil kesempatan di atas kelemahan seorang wanita. – facebook.
Berdoa ada lelaki yang terbaik Allah datangkan untuk kita. Terbaik tu bukan bermaksud orang tu sempurna. Tapi terbaik ni maksudnya dia baik untuk kita, orang yang melengkapi kita, orang yang kita perlukan. Mungkin juga orang tu adalah orang yang kita tak suka.
Perkahwinan ni bukan mudah. Sebaiknya suami kita tu biarlah seseorang yang boleh menerima segala baik dan buruk, boleh nasihat kita tapi dia tak boleh nak menekan kita jadi macam perempuan yang dia harap. Dia tak boleh harap kita jadi sempurna sebab semua orang ada kelemahan. Sepatutnya seorang suami bersedia untuk membimbing kita dengan ikhlas bukan atas rasa terpaksa.
Mungkin juga Allah pisahkan kita dengan orang yang kita suka untuk beri ruang untuk sama-sama berubah. Ini bukan ayat nak bagi harapan. Tapi ayat assumption. Bila kedua-duanya sudah bersedia, Allah temukan balik hati. insyaAllah kalau dia betul-betul jodoh kita, satu hari nanti dia akan lamar kita. Tapi lagi sekali diingatkan jangan terlampau berharap. Allah lebih tahu siapa yang kita perlukan. Kalau betul dia, Alhamdulillah. Tapi kalau bukan dia kita kena yakin dengan ketentuan Allah. Teruskan berdoa dan bertawakkal.
“Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” (Al-Baqarah: 216)
No comments:
Post a Comment